Halaman

Kamis, 05 September 2013

Aksi Soo Wincci Di Padang Bikin Ramai Ternganga






Bukan saja mencipta sejarah baru, Eravaganza yang dianjurkan pada 31 Ogos lepas telah meninggalkan memori indah buat artis yang terlibat.

Sebagai portal rasmi Eravaganza, murai.com.my berkongsi corat-coret yang berlaku sebelum dan selepas Eravaganza yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Lebih istimewa lagi, video travelog murai.com.my juga akan disiarkan di Murai TV pada minggu ini yang mana ia merangkumi detik-detik persiapan selebriti bermain bola sehinggalah ke penghujung konsert Eravaganza.

Berikut adalah corat-coret Eravaganza:

1. Sepanjang berada di Ayer Keroh, Melaka, pihak media telah dihidangkan dengan menu masakan asam pedas.

2. Sejak dari Hotel lagi, Soo Winci telah bersemangat dengan memakai pakaian sukan lengkap stokin panjang berkasut bola Adidas F50 berwarna hijau. Semua orang tengok kakinya yang putih gebu dengan sinari warna hijau cerah itu.

3. Jersi hijau semasa perlawanan yang dipakai Era FC, sebenar jersi pemanas badan. Jersi sepatutnya kebetulan sama warna dengan Arena All-Stars iaitu warna kuning.

4. Secara kebetulan Ultras Melaka telah hadir menyokong ERA FC kerana persamaan warna jersi.

5. Legenda bola sepak negara, Dato' Soh Chin Aun masih cergas lagi untuk beraksi sepanjang 25 minit separuh masa kedua walaupun pada usia 63 tahun.

6. Sebilangan orang Melaka menyifatkan Eravaganza telah mencipta satu sejarah baru apabila mampu dipenuhi hampir separuh ruang kerusi di Stadium Hang Jebat berbanding perlawanan yang melibat pasukan Melaka.

7. Ketika Soo Winci diberi tugas menjadi penjaga gol bagi sesi bersama peminat, ramai lelaki terlopong dan kagum melihat keberaniannya itu.

8. Selain artis yang terlibat, peminat juga berpusu-pusu untuk bergambar bersama pemain Harimau Muda iaitu Irfan Fazail dan Izham Tarmizi.

9. Selepas tamat perlawanan, beberapa wakil pengurusan artis tersipu-sipu malu dalam bilik persalinan kerana melihat pemain negara yang selamba buka baju di hadapannya memandangkan tidak biasa dengan keadaan tersebut.

10.Tempat Azrul Raja Lawak yang sepatutnya bermain dalam pasukan Arena All-Star digantikan pada saat akhir oleh Ajak Shiro.

11.Mungkin ramai tidak tahu, pada mulanya Man Raja Lawak tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium kerana tidak mempunyai pas. Namun, Man tidak kisah dan akhirnya masuk dibahagian peminat demi semata-mata menyokong rakannya seperti Jep yang bermain dalam pasukan Arena All-Star.

12.Artis dan media yang terlibat dalam Eravaganza terpegun melihat kecantikan penaja lokasi Eravaganza iaitu Philea Resort & Spa, Ayer Keroh, Melaka.

13.Kerana terpesona dengan keindahan Philea Resort & Spa, pihak pengurusan Faizal Tahir berminat untuk membuat sesi penggambaran dan video muzik di situ.

14.Fiq Mentor lambat sampai ke Stadium Hang Jebat kerana tertinggal bas yang disediakan pihak penganjur.

15.Sepanjang perlawanan, isteri Zahid sangat romantik sehingga tidak terlepas pandang dengan memberikan sorakan kepada suaminya yang bermain dalam pasukan ERA FC.

16.Selain isteri Zahid, isteri kepada Izzue Islam iaitu Awin juga tidak ketinggalan menyokong. Namun, sepanjang Izzue di padang, Awin menjalankan tugas menguruskan dua ahli Forteen yang tidak bermain iaitu One dan Rizuone.

17.Krew Eravaganza hampir hilang kawalan kerana peminat berpusu-pusu untuk turun padang bergambar dengan selebriti yang hadir sebaik saja tamat permainan.

18.Jurulatih Ong Kim Swee nampak lebih popular berbanding segelintir artis. Malah, Ong Kim Swee tak menang tangan melayan penonton yang mahu bergambar dengannya.

19.Sebelum berangkat ke stadium, pihak Philea Resort & Spa membuat kejutan dengan membuat flashmobe lagu Tanggal 31.

20.Sebaik saja tamat perlawanan, hujan telah turun dengan lebat sehingga konsert terpaksa ditangguhkan sejam lewat.

Zamri Spoon 05 Sep, 2013


-
Source: http://zamrispoon.blogspot.com/2013/09/aksi-soo-wincci-di-padang-bikin-ramai.html
--
Manage subscription | Powered by rssforward.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar