Selepas hampir dua tahun melalui proses turun naik mahkamah untuk menyelesaikan kemelut rumahtangga mereka yang berpanjangan, pasangan Aidil Zafuan Abdul Radzak 26 dan Rita Rudaini, 37, akhirnya disahkan bercerai sebentar tadi oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban selepas mahkamah mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah yang dibuat Aidil.
Laporan akhbar Harian Metro memetik, Hakim Hamizan Mohd Nor telah memutuskan demikian selepas pihaknya berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Aidil dan Rita semasa berlangsungnya prosiding kes penceraian mereka.
Dalam keterangannya yang diambil, Aidil yang juga pemain pertahanan skuad bola sepak Johor Darul Takzim mengaku telah menghantar satu SMS kepada Rita pada 4 Ogos 2013 juga bersamaan 27 Ramadan mengikut kalendar Islam yang menyatakan dia menceraikan Rita dengan talak satu pada pukul 4 hingga 5 petang.
Aidil dilaporkan membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan tindakan Rita berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil' yang telah disiarkan dalam ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP yang memburukkan dirinya.
Dalam keterangan berasingan, Rita turut mengaku menerima SMS tersebut dan telah membalas dengan perkataan 'Alhamdulillah' beserta simbol senyum.
Pasangan ini bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia setahun.murai.com
-
Source: http://zamrispoon.blogspot.com/2013/09/akhirnya-mahkamah-sahkan-rita-rudaini.html
--
Manage subscription | Powered by rssforward.com

Zamri Spoon 05 Sep, 2013
-
Source: http://zamrispoon.blogspot.com/2013/09/akhirnya-mahkamah-sahkan-rita-rudaini.html
--
Manage subscription | Powered by rssforward.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar