Halaman

Kamis, 05 September 2013

Ngeri ! Masak mayat suami dalam periuk

GAMBAR HIASAN






Beijing: Seorang wanita ditangkap kerana mendera suaminya hingga mati sebelum memasak mayat lelaki berkenaan dalam usaha untuk melupuskan bukti.

Wanita berusia 48 tahun yang dikenali dengan nama keluarganya Zheng, bertindak membunuh suaminya, Liu selepas mendapati dia berulang kali menyeksa anak perempuan hasil perkahwinan pertamanya.



Menurut laporan, Zheng yang tinggal di Lu'an di wilayah Anhui mencampurkan pil tidur ke dalam makanan suaminya pada 14 Jun lalu. Dia kemudian mengikat lelaki itu di garaj mereka, tempat dia memukul Liu dengan penyodok dan menikamnya dengan pemutar skru.

Mangsa yang tidak diberi makan dan minum akhirnya mati tiga hari selepas itu. Wanita berkenaan kemudian membeli gergaji dan periuk tekanan tinggi.


Dia memotong mayat suaminya dan memasaknya di dalam periuk berkenaan. Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana dia membuang mayat suaminya yang sudah dimasak.
Zheng memberitahu jiran dan keluarganya bahawa Liu ke daerah Hefei untuk mendapatkan rawatan.

Sebulan selepas melakukan jenayah itu, Zheng ke balai polis dan mengaku membunuh suaminya. Menurutnya, dia berdepan dengan tekanan mental dan sering bimbang ditangkap.

Wanita itu kini dalam tahanan polis dan kesnya masih disiasat.HARIAN METRO

Zamri Spoon 05 Sep, 2013


-
Source: http://zamrispoon.blogspot.com/2013/09/ngeri-masak-mayat-suami-dalam-periuk.html
--
Manage subscription | Powered by rssforward.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar