Halaman

Selasa, 10 September 2013

Syazwan Zulkifli Penyebab Kemalangan Nabila Huda?



Sejak dramatis, Nabila Huda disahkan kemalangan pada petang semalam bersama anaknya ketika pulang dari Planet Gempak di Kuantan Pahang, sehingga kini tiada siapa pun yang melaporkan bagaimana keadaan pelakon itu.

Meskipun ramai difahamkan Nabila Huda dan anaknya, Keisha selamat tetapi Murai Batu hanya dapat lihat wajah anaknya itu sahaja yang sentiasa dikemas kini dalam laman Instrgaram oleh bapanya, Zaidi Zailani.

Zaidi banyak berkongsi mengenai perkembangan anaknya itu yang dilaporkan retak tangan kiri dan kelihatan seperti dibalut ketika berada di hospital. Bagaimana pun Murai Batu harap Nabila Huda juga selamat dan tidak kritikal seperti ramai yang melaporkan di dalam laman soisal Twitter.

Murai Batu dapat tahu, Zaidi mengamuk habis kepada Nabila Huda bila dapat tahu anaknya itu turut terlibat dalam kemalangan. Murai Batu faham mungkin Zaidi tidak dapat mengawal emosinya itu, namun apa yang berlaku pada petang semalam memang tidak diduga.

Bukan sahaja berang kepada bekas isterinya itu, Murai Batu ada terbaca lagi dalam Twitter Zaidi yang dia marah juga pada pelakon Syazwan Zulkifli yang dikatakan pemandu kepada kereta pacuan 4 roda yang ditimpa kemalangan bersama dramatis itu.

Zaidi dikatakan marah selepas pelakon itu tidak bertegur sapa serta memhon maaf kepadanya ketika terserempak di hospital selepas menjadi penyebab kepada kemalangan itu. Namun Syazwan tidak duduk diam, malah dia terus membalas Twitter itu serta meminta maaf kerana dia tidak mengenali bekas suami Nabila.

Namun mereka akhirnya berbaik kembali dan dengarnya Syazwan akan bersemuka lagi untuk meminta maaf kepada Zaidi atas apa yang berlaku.Baguslah begitu, Murai Batu harap Keisha dan Nabila Huda cepat-cepatlah sembuh.murai.com

Zamri Spoon 10 Sep, 2013


-
Source: http://zamrispoon.blogspot.com/2013/09/syazwan-zulkifli-penyebab-kemalangan.html
--
Manage subscription | Powered by rssforward.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar