Halaman

Selasa, 10 September 2013

Pelakon Anne Ngasri Selamat Lahirkan Bayi Lelaki






Pelakon dan pengacara, Anne Ngasri selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital KPJ Tawakal Kuala Lumpur pada jam 5.55 petang semalam.



Kakaknya, Darling Ngasri yang kini sedang melawat Anne di hospital mengesahkan adiknya itu selamat melahirkan bayinya secara normal dengan berat 3.4 kilogram.

"Syukur, Anne selamat melahirkan bayinya secara normal semalam. Saya gembira untuknya. Sekarang dia masih lagi berada di hospital bersama bayinya.

"Dia masih lagi sibuk menetapkan nama untuk bayinya. Insya Allah, selepas Anne dibenarkan pulang, dia akan berpantang dengan Mama di rumah,"katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Anne melahirkan bayi sulung untuk perkahwinan kali kedua Anne bersama suami Mohd Sumali Reduan, 42. Pasangan ini bernikah pada 22 Disember tahun lalu.

Hasil perkahwinan pertama Anne terdahulu, dia telah dikurniakan 3 orang anak iaitu Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4 dan Nazharah Afrozah, 2.MURAI.COM

Zamri Spoon 10 Sep, 2013


-
Source: http://zamrispoon.blogspot.com/2013/09/pelakon-anne-ngasri-selamat-lahirkan.html
--
Manage subscription | Powered by rssforward.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar