Halaman

Kamis, 12 September 2013

Apa Kena Mengena Umie Aida Dengan Perkahwinan Black?

Thank you for using rssforward.com! This service has been made possible by all our customers. In order to provide a sustainable, best of the breed RSS to Email experience, we've chosen to keep this as a paid subscription service. If you are satisfied with your free trial, please sign-up today. Subscriptions without a plan would soon be removed. Thank you!
Pada tanggal 13 September ini, penyanyi lagu Teman Pengganti, Black Hanifah bakal menjadi suami kepada gadis pilihannya, Naquia Yasirah Mohd Khairi di Zebra Square, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Setelah termeterainya majlis pernikahan itu nanti, Black dikhabarkansecara automatik akan bersaudara dengan pelakon berwibawa Datin Paduka Umie Aida. Menjelaskan kaitan tersebut, Black yang sedang menanti debar untuk bergelar suami memberitahu bakal isterinya itu adalah anak saudara kepada suami Umie Aida, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan

"Sebenarnya, bakal isteri saya tidak kisah saya ni artis. Dia pun sebenarnya sudah biasa dengan perkahwinan bersama artis. Pak cik dia pun berkahwin dengan seorang pelakon popular.

"Sejujurnya, tunang saya itu adalah anak saudara kepada suami Datin Paduka Umie Aida. Sebab itulah dia tidak berapa kisah dengan status saya sebagai seorang artis. Lagi pun, masa mula-mula kami kenal pun, dia tidak tahu saya ni, Black seorang penyanyi," katanya kepada portal murai.com.my.

Menjelaskan mengenai detik pertemuan bersama tunangnya itu, Black memberitahu mengenali gadis ini daripada seorang kenalan.

"Saya kenal dia menerusi kawan. Ceritanya begini. Sewaktu saya ada persembahan di Putrajaya November tahun lalu, saya diberitahu kawan mengenai dia. Jadi, selepas saya tahu, saya terus bergegas ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dia.

"Lepas saya sampai di tempat yang dijanjikan, saya pun keluar dari kereta dan ingatkan dia terkejut tengok saya. Saya bajet dia kenal saya. Tapi rupa-rupanya dia tidak tahu saya ni Black.

"Selepas berjumpa kami terus rapat. Selepas dua bulan berkawan, kami ambil keputusan untuk bertunang. Saya terima dia kerana dia istimewa di mata saya. Apabila dia tahu saya artis, dia terima saya seadanya," jelasnya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Black masih merahsiakan jumlah wang hantaran dan merasakan seeloknya hal berkaitan hantaran diumumkan pada majlis pernikahan yang diadakan Jumaat ini. Untuk majlis pernikahan dan persandingan yang bakal diadakan di Zebra Square, ia hanyalah untuk jemputan saja.

Bagaimanapun, Black sekeluarga bakal mengadakan majlis resepsi terbuka kepda semua peminatnya pada 15 September di Padang PPR Kerinchi bermula jam 12 tengah hari sehingga 4 petang.murai.com

Zamri Spoon 12 Sep, 2013


-
Source: http://zamrispoon.blogspot.com/2013/09/apa-kena-mengena-umie-aida-dengan.html
--
Manage subscription | Powered by rssforward.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar